Sunday, October 18, 2009

siasah maknanya politik..

definisi politik .. aku amik ni dalam wikipedia.. kalau korang baca korang pikir la sendiri politik negara kita ni politik aper..

Islam sebagai gerakan politik mempunyai sebuah ciri beraneka yang pada berlainan waktu menginkorporasikan elemen-elemen banyak gerakan politik lain, sementara pada waktu yang sama menggunakan pandangan-pandangan keagamaan fundamentalisme Islam, terutamanya pandangan Islam sebagai agama politik.
Suatu tema yang umum pada abad ke-20 adalah pertentangan terhadap perselisihan kaum, kolonialisme dan imperialisme, dalam pembentukan Empayar Turki Uthmaniyyah dan Empayar British (walaupun Empayar Uthmaniyyah itu sendiri adalah gerakan politik Islam). Akhirnya sosialisme sebagai suatu viable alternative dengan akhirnya Kesatuan Soviet dan Perang Dingin telah menambahkan appeal gerakan revolusi Islam, terutamanya dalam konteks rejim tidak-demokrasi dan korupsi sepanjang dunia Islam. Islamisme membesar sebagai reaksi pada trend-trend ini, dan sebagai suatu desire untuk membentukkan sebuah kerajaan berasaskan rukun-rukun Islam.
Pada jelasnya, skop politik Islam adalah sangat lebar ia mengencompass apa-apa jenis gerakan revolusi atau parti di mana-mana negara Islam. Invariably, ia bermakna bahawa ia menyampurkan sekali such a variety of gerakan nasionalis, Marxisme dan perkauman yang ia tidak ada lagi kandungan ideologi yang benar. Ciri-ciri satunya beristilah yang ia ada adalah nasionalisme dalam sebuah konteks Islam; tetapi ini dijelaskan secara sedikit. Walaubagaimanapun, dalam kitab al-Quran, tiada apa yang menyatakan bahawa Politik perlu digunakan untuk menubuhkan Islam. Jadi, ia mungkin adalah suatu benda yang bahaya dari pemandangan Islam bahawa seorang mengaplaikan Islam untuk mendapatkan kelebihan politik.
Gerakan liberal dalam Islam biasanya mengistilahkan diri meraka dalam pembantakan ke gerakan politik Islam, tetapi sering memeluk banyak unsur-unsur anti-imperialisme.

sekian wassalam.. selamat berfikir

bisnes kita..


salam..
pelik..pelik..pelik.. kenapa orang sebangsa dengan aku kalau buat bisnes tentu ader jer orang yang akan kacau.. sakit hati.. dengki.. dan macam-macam lagi sifat buruk. Tapi aku tengok bangsa lain tak pulak cam ni.. sume okayy je?

mungkin slah tarbiyyah kot.. erm mungkin kita bukan dari orang yang mengikut sabda rasul.. tapi jangan cakap cam tue.. kalau diorang tau kena belasah aku.. sebab kutuk diaorang. Aku bukan aper cuma nak ajak berbingcang pasal ekonomi umat islam kini. aku sedih sangat tengok umat islam kini jadi pengguna bukan jadi pencipta.. kita tengok aje produk halal di negara kita.. berapa banyak sangat orang islam yang hasil produk halal.. yang lain sume orang bukan islam yang menghasilkan produk halal.

Aku nak korang pikir sendiri ape yang akan terjadi sekiranya kita terus jadi macam ni.. n tak nak berubah.. sedangkan kita adalah pewaris uthman bin affan.. bangkitlah saudaraku.. telah lama kita dibelenggu..

kita tengok siapa yang kena..

KATA Manohara, dia alami penderaan seksual. Kata pengantin diberi nafas baru, Akhil Hayy: “Ana akan saman!” Kata Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, pula: “Saya tidak akan saman mana-mana pihak!”

Ketiga-tiga mereka mutakhir ini tidak semena-mena jadi tumpuan media. Bukan mudah mencuri publisiti, sebabnya ada artis sampai beruban dan nak bongkok sabut, tetapi publisiti diterima bukan setakat suam-suam kuku, bahkan tiada langsung.

Di sebalik kontroversi perkahwinan Akhil dan Waheeda serta isu Manohara, siapa sangka ibu dua anak yang didapati bersalah minum arak di sebuah hotel di Kuantan memintas populariti bukan setakat ustaz rock dan model sensasi itu tetapi semua artis di nusantara.

Ikutkan, Kartika bukan penyanyi atau pelakon, apatah lagi model hebat seperti Nasha Aziz atau Amber Chia, sebaliknya cuma model sambilan. Saya tidak perasan bila dia ‘menyambil’ dalam bidang diceburi, namun dek kerana dia dijatuhi hukuman sebat oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Kartika menjadi buruan media.

Yang mahalnya, wartawan yang mengejar Kartika bukan saja di tanah airnya, bahkan wartawan CNN sanggup ke kampungnya di Sungai Siput, Perak, untuk bertemu dengannya.

Beritanya pula bertali arus di AFP dan Reuters, disiarkan pula di beberapa akhbar di Britain seperti The Sun dan Daily Mail, bahkan teruja dibuatnya bila pengantara CNN yang cantik manis, Betty Nguyen di Amerika Syarikat berinteraksi dengan wakil mereka, Anna Coren menemuramah Kartika.

Lebih 20 tahun di bidang kewartawanan, seingat saya belum pernah CNN nak menemuramah secara eksklusif artis atau selebriti kita. Namun kita faham Barat sememangnya ada niat serong pada kita dan Kartika menjadi ‘kambing hitam’ bagi mereka menggambarkan keadaan negatif negara kita.

Sama ada Kartika mahu menagih simpati atau mencari populariti, bagi saya mesej yang boleh kita sampaikan pada Barat jelas betapa arak itu haram, haramlah. Sama seperti babi, haram, haramlah juga.

Gara-gara perintah Allah tidak dihiraukan oleh masyarakat akhir zaman ini, baru kelam kabut kita apabila masing-masing menggelabah kerana semakin ramai manusia ‘kojol’ gara-gara penyakit selesema babi atau ‘swine flu’. Di negara kita saja sudah mencatat 71 kematian.

Saya tertarik dengan kesanggupan Kartika disebat sebagai pengajaran kepada kita kerana minum arak. Ada pro dan kontra, namun harus diingat apa yang menimpa Kartika sebenarnya memberi kesedaran pada artis dan selebriti lain supaya jangan main-main dengan satu daripada dosa besar itu.

usrah satu penghayatan...


Diantara sekian nizam tarbiyyah, usrah dianggap sebagai tunjang tarbiyyah gerakan Islam kerana ciri-cirinya yang tersendiri yang mampu menjadi wasilah yang paling berkesan dalam mencapai matlamat tarbiyyah gerakan Islam. Oleh itu, marilah kita kaji dan teliti tentang ciri-ciri tersebut.
Apakah itu Usrah? Usrah berasal dari perkataan Arab yang ertinya keluarga. Ia adalah medan yang hidup untuk ahli-ahli bekerjasama untuk melaksanakan dan menghayati Islam. Ia mengikat diantara satu sama lain dengan ukhuwwah. Mereka saling tolong menolong dan boleh dipimpin melalui usrah ini. Usrah bukanlah semata-mata suatu pertemuan yang diadakan sebagai medan perbincangan ilmu atau peringatan. Firman Allah SWT:
" Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syiar-syiar Allah, dan janganlah melanggar kehormatan bulan-bulan Haram, jangan (menggangu) binatang-binatang had-nya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan pula mengganggu oarang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji maka bolehlah berburu. Dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalangi-halangi kamu dari Masjidil Haram, mendorong mu berbuat aniaya (kepada mereka). Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam membuat berbuat dosa dan pelanggaran, Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya." Al-Ma'idah (5:2)

Tujuan Usrah
Terdapat tiga tujuan asas usrah:
Meningkatkan kefahaman ahli-ahli dan menentukan sikap Islam terhadap sesuatu masalah.
Meningkatkan penghayatan dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap ajaran Islam secara fardhi (individu) dan jama'i. Mengukuhkan persaudaraan Islamiah dan memupuk semangat bertindak secara berjamaah.


1. Meningkatkan Kefahaman Ahli
Memahami sesuatu perkara amatlah penting. Peranan ilmu terletak di sini. Dengan ilmu, dapat difahami sesuatu perkara. Dengan kefahaman yang betul, sesuatu sikap dan pendirian akan ditentukan. Firman Allah SWT:
"Apakah kamu hai orang musyrik yang lebih beruntung ataukah orang yang beribadat di waktu-waktu malam dengan sujud dan berdiri, sedang ia takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah: "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran."
Az-Zumar (39:9)
Oleh itu, peningkatan kepada kefahaman mestilah dipupuk pada setiap masa khasnya didalam usrah. Kehadiran yang terhad bilangannya membolehkan ahli-ahli mendalami sesuatu perkara daripada semua sudut.
Suatu kefahaman yang tepat dan seragam boleh dibentuk dikalangan ahli melalui usrah. Dengan keseragaman dan kesatuan faham ini akan menghasilkan kesatuan fikrah, tujuan dan tindakan.
Sebarang kefahaman yang tidak tepat dikalangan ahli boleh diketahui dan dibetulkan didalam usrah. Kefahaman yang tidak tepat ini jika tidak dibetulkan dari awal lagi, boleh merosakkan ahli dan juga jama'ah.
Pertemuan usrah adalah menjadi medan perbincangan ilmu dikalangan ahli. Ilmu yang didapati akan menentukan kefahaman dan fikrah mereka. Oleh yang demikian, usrah adalah merupakan wasilah pembentukan kefahaman dan fikrah ahli-ahli gerakan Islam.


2. Menambah Penghayatan
Seseorang yang tahu sesuatu perkara belum tentu dia melaksanakannya. Yang diketahuinya lain dan yang dibuatnya lain. Untuk menghapuskan jurang antara pengetahuan yang tidak membuahkan perbuatan dan amalan, sistem muhasabah dilaksanakan didalam usrah.
Sesuatu yang telah diketahui dan difahami hendaklah dihayati oleh ahli-ahli. Usrah berperanan untuk mempastikannya dan menimbulkan perasaan tanggungjawab terhadap Islam secara peribadi dan jama'i


3. Mengukuhkan Persaudaraan dan Bertindak Berjamaah
Tidak syak lagi bahawa ikatan ukhuwwah Islamiah amat penting sekali dalam Islam. Perasaan saling berkasih sayang kerana Allah, bekerjasama dan bantu membantu mestilah dipupuk dikalangan ahli. Dengan kekuatan ukhuwwah Islamiah ini, penghayatan Islam dapat dilaksanakan dengan baik. Ini dapat dilakukan didalam usrah. Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." Al-Hujuraat (49:10)
Semangat bertindak secara berjamaah juga menjadi tuntutan. Tanpa tindakan secara jama'i, gerakan Islam menjadi huru-hara dan tidak dapat menjalankan peranannya dengan baik. Amal jama'i hendaklah diamalkan diperingkat paling asas iaitu didalam usrah. Perancangan kerja boleh dibuat kalangan ahli dalam pertemuan-pertemuan usrah. Allah SWT berfirman:
"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh." Ash-Shaff (61:4)
Rukun Usrah
Rukun ikatan usrah ini mempunyai tiga perkara yang mana mestilah dipelihara dan diambil berat supaya ikatan usrah tersebut tidaklah semata-mata menjadi suatu beban yang tidak mempunyai erti.
Berkenalan (Ta'aruf)
• Bersefahaman (Tafahum)
• Saling Bantu Membantu (Takaful)


1. Ta'aruf
Hendaklah ahli-ahli usrah berkenal-kenalan diantara satu sama lain serta berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama Allah. Setiap ahli hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya jangan ada apa pun yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu.


2. Tafahum
Setiap ahli hendaklah berpegang dengan kebenaran, iaitu dengan melaksanakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya. Setelah memeriksa diri sendiri samada telah taat ataupun telah derhaka kepada Allah, hendaklah pula nasihat menasihati di antara satu sama lain. Hendaklah nasihat itu diberi dengan cara yang baik dan bijaksana. Nasihat pula hendaklah diterima dengan cara yang baik dan bijaksana. Nasihat pula hendaklah diterima dengan lapang dada. Ini semua dilakukan hasil daripada sama-sama faham dan sama-sama beramal. Sabda Nabi SAW:
"Ad-din itu nasihat."
3. Takaful
Iaitu dasar memelihara nasib sesama sendiri supaya jangan ada yang terbiar atau terlantar. Dasar ini merupakan tunjang iman dan intisari ukhuwwah sejati. Oleh itu hendaklah setiap ahli sentiasa bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong diantara satu sama lain sedaya upaya. Sabda Nabi SAW:
"Kalau seseorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beri'tikaf sebulan di masjidku ini"
Berdasarkan penjelasan tadi fahamlah kita bahawa usrah bukanlah hanya sekadar majlis perbincangan ilmu atau peringatan tetapi ia adalah suatu medan yang hidup di mana ahli-ahli usrah meningkatkan kefahaman serta menghayati Islam secara bersama-sama. Ini semua didasarkan kepada ukhuwwah Islamiah di mana ahli-ahli usrah saling berkasih sayang, nasihat menasihati dan bantu membantu. Tanpa ukhuwwah Islamiah sejati ini, usrah hanyalah menjadi medan perbincangan ilmu yang tidak membuahkan apa-apa.


Perlaksanaan Usrah


Usrah mempunyai beberapa ciri yang membezakannya dari nizam-nizam tarbiyyah yang lain. Ciri-ciri ini menyebabkan ia amat penting sekali dihidupkan didalam gerakan Islam.


1. Berterusan
Usrah adalah suatu nizam tarbiyyah yang bersifat harian atau mingguan. Ciri ini amatlah penting didalam proses tarbiyyah kerana proses tarbiyyah adalah suatu yang berterusan. Ia bukanlah suatu yang bersifat sekali-sekala. Ahli-ahli mestilah ditarbiyyah secara berterusan dan disepanjang masa. Tarbiyyah yang bersifat sekali-sekala atau terputus-putus tidak dapat mencapai kesan yang diharapkan. Oleh yang demikian, sesuatu program tarbiyyah yang dilakukan sekali-sekala dan tidak bersifat harian atau mingguan bukanlah dikatakan usrah yang sebenarnya. Rasulullah SAW telah mentarbiyyah sahabat-sahabatnya sejak awal-awal Islam lagi hinggalah ia berterusan di Madinah. Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa menyamakan dua harinya maka ia tertipu"
Dengan proses tarbiyyah yang berterusan seseorang itu akan dapat ditingkatkan dirinya dari sehari ke sehari. Di sinilah bezanya usrah dari nizam tarbiyyah yang lain. Ahli-ahli usrah sentiasa nasihat menasihati disepanjang masa dan bantu membantu dalam menghayati Islam. Ada hubungan yang langsung dan pergaulan yang rapat diantara sesama lain.
Proses tarbiyyah tidak boleh terputus dengan sebab sesuatu amal (program) atau kesusahan. Ia lebih-lebih perlu lagi dalam keadaan yang genting dan kesusahan. Daurah atau tamrin (bersifat bulanan atau sekali sekala) yang diadakan oleh gerakan Islam hanyalah berfungsi sebagai pembantu atau tambahan kepada program harian atau mingguan yang mesti diikuti oleh ahli (iaitu usrah).


2. Meluas
Semua ahli gerakan Islam mesti ditarbiyyah samada dari golongan pengikut dan pekerja mahupun pimpinan. Semua ahli berhajatkan kepada tarbiyyah. Semua orang diperintahkan oleh Allah SWT supaya beribadat dan bertaqwa kepadaNya. Ini semua memerlukan kepada tarbiyyah. Iman sentiasa diuji pada setiap orang-orang yang beriman. Firman Allah SWT:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?" Al-Ankabuut (29:2)
Dengan perlaksanaan usrah yang meluas didalam gerakan Islam, dapatlah dipastikan bahawa tidak ada ahli yang terlepas daripada program tarbiyyah.


3. Perancangan
Didalam usrah, perancangan tarbiyyah boleh dilakukan. Proses tarbiyyah tidak boleh dilakukan secara semborono atau mengikut rasa. Perancangan adalah penting. Perkara-perkara seperti kesyumulan, tawazun, awwaliyat dan sebagainya hendaklah dipastikan didalam usrah. Ini semua menuntut kepada perancangan.
Oleh itu, setiap usrah mestilah mempunyai manhajnya. Manhajnya hendaklah ditentukan oleh gerakan Islam. Dengan itu, matlamat tarbiyyah gerakan Islam akan dapat dicapai.


Pertemuan Usrah


Pertemuan-pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan:


1. Membentangkan kesulitan dan masalah
Setiap ahli membentangkan kesulitannya dan ahli yang lain hendaklah mengambil berat untuk menolongnya. Ini dilakukan dengan suasana ukhuwwah yang sejati dan ikhlas kerana Allah SWT.


2. Bermuzakarah
Hendaklah bertukar-tukar fikiran mengenai urusan-urusan Islam. Risalah-risalah arahan dan taklimat pimpinan yang diedarkan kepada seluruh cawangan usrah hendaklah ditatap. Sebarang kemusykilan hendaklah dirujukkan kepada pimpinan. Firman Allah SWT:
"Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri diantara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan, kecuali sebahagian kecil sahaja (diantaramu)." An-Nisaa' (4:83)
Dengan itu juga dapat dipastikan keseragaman faham, fikrah, tujuan dan tindakan dikalangan semua ahli didalam sesuatu gerakan Islam.


3. Kajian Ilmu
Al-Quran dan As-Sunnah hendaklah menjadi dasar dan rujukan. Pengajian berkenaan kedua-duanya hendaklah dibuat. Penghafalan nas kedua-duanya hendaklah cuba diusahakan supaya menghadamkan pembelajaran dan penghayatannya.
Hendaklah mengadakan suatu kajian yang berfaedah mengenai sesuatu kitab yang bernutu atau sesuatu ilmu yang penting dan bermanfa'at. Untuk menjayakan pertemuan usrah, setiap ahli hendaklah bersedia dengan arahan dan tugas yang telah diberikan. Kejayaan usrah bergantung kepada penglibatan ahli semuanya. Ahli-ahli hendaklah bertanggungjawab.
Dengan perbincangan yang dilakukan dapat dikembangkan dan dimatangkan ilmu dengan bertukar-tukar ilmu dan kefahaman walaupun mungkin asalnya semua ahli-ahli usrah menpunyai tahap ilmu yang lebih kurang sama.


4. Muhasabah
Hendaklah dihidupkan didalam pertemuan usrah amalan muhasabah. Sabda Rasulullah SAW:
"Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya."
Penghayatan IslamSelain pertemuan mingguan, program-program seperti berpuasa seminggu sekali, solat berjamaah di masjid, qiamullail, mengembara atau berkhemah, amal-amal kebajikan masyarakat dan sebagainya hendaklah diusahakan juga. Dengan usaha-usaha ini, tidaklah usrah itu hanya sekadar menjadi program pertemuan mingguan semata-mata tanpa penghayatan Islam yang hidup samada secara fardhi atau jama'i.
Beberapa Peringatan
Neraca usrah yang berjaya:
• Sejauhmana peningkatan kefahaman ahli tentang Islam.
• Sejauhmana peningkatan ta'awun ahli untuk menghayati Islam.
• Sejauhmana ikatan ukhuwwah dapat ditingkatkan
• Sejauhmana amal jama'i dapat dihidupkan.
Harus wujud dalam usrah:
• Ilmu yang bermanfaat.
• Aqidah yang sejahtera.
• Ibadat yang sah.
Akhlaq yang mulia.


Istiqamah untuk melakukan perintah Allah SWT.

Qiyadah dalam islam..


Tidak dapat dinafikan bahawa manusia memerlukan kepada ketua. Tiada satu proses pekerjaan pun yang dapat berjalan tanpa ada ketua. Menafikan pernyataan ini umpama berada di dunia khayalan dan bertentangan dengan fitrah manusia.

Digambarkan pada kedatangan Rasulullah s.a.w. sebagai ketua. Sebagaimana dalam Firman Allah Ta’ala, bermaksud :

“Dan Sesungguhnya Kami telah mengutuskan seorang rasul pada tiap umat (untut menyerukan); “Sembahlah Allah (semata-mata), dan jauhilah thagut itu….”(Surah An-Nahl : 36)

Bererti dalam ayat tersebut, Allah menyatakan bahawa Rasulullah sebagai pemimpin utama kepada umatnya dengan dipertanggungjawabkan untuk menyeru kepada Allah. Bermula pada titik ini, membuktikan bahawa manusia itu memerlukan kepada Pemimpin/Ketua/Khalifah/Imam/Amir.

Kepimpinan yang diminta dalam Islam adalah untuk merealisasikan khilafah di muka bumi, demi mewujudkan kebaikan dan proses pengislahan terhadap umat di dunia. Ulama’ bersependapat bahawa kewujudan al-Qiyadah merupakan salah satu tiang agama, tanpanya agama tidak akan sempurna.

Dalam kitab Siyasah Syar’iyyah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah menjelaskan ;

“Wajib diketahui bahawa mentadbir perkara manusia termasuk kewajipan agama teragung, bahkan agama tidak bernilai tanpanya. Sesungguhnya kemaslahatan umat manusia hanya akan dicapai dengan sempurna melalui perkumpulan, kerana satu sama lain saling memerlukan. Dan ketika berkumpul, mereka harus memiliki pemimpin.”

Kepimpinan yang dapat mencapai Khilafah Islamiyah adalah kepimpinan yang berpengaruh dan berkesan dengan mampu menunaikan tugasnya iaitu memberikan arahan dan petunjuk, mewujudkan sasaran jemaah, melakukan pengembangan dan pengukuhan kualiti jemaah, serta menjaga kesatuannya. Dan jenis kepimpinan yang paling khusus adalah kepimpinan bersifat mendidik (al-Qiyadah at-Tarbawiyyah).

Monday, October 12, 2009

budak u katakan..


buat ke sekian kali aku mengeluh melihat mahasiswa kini.. aku bukan yang terbaik, tetapi sekadar untuk memuhasabah. mahasiswa oh mahasiswa, mungkin engkau sudah tidak perlu untuk ditegur kena engkau telah sampai ke puncak.. namun perlu di ingat tidak semua yang berada di puncak itu akan terus berada di puncak. bak kata pepatah melayu pandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ketanah juga.. mungkin pepatah ini tidak sesuai untuk pelajar 'u'.. aku sekadar menulis..

kenapa pelajar u kini terlalu bebas?? kenapa pelajar u terlalu bangga diri?? kenapa pelajar u terlalu sombong hingga tidak mahu untuk menerima pendapat orang lain?? adakah kerana mereka pelajar u?? ahh .. persoalan yang bermain dalam setiap orang yang pernah menegur budak u. aku tahu yang budak u kini lebih baik dari pelajar u dulu(kononnya).

lapanglah dada wahai budak u.. terima lah kekurangan untuk mencipta masa depan. perbaikilah diri dengan teguran.. sementara waktu masih berbaki..

Sunday, October 11, 2009

kurang ajar atau kurang mengajar??


desawa kini kita melihat pelbagai karenah remaja yang kian meruncing akibat daripada punca yang terlalu banyak.. salah ibu bapakah atau salah siapa?? soalnya kini bukan soal siapa tetapi ini adalah soal kenapa. mungkin ramai ibubapa yang risau apabila anak-anak mereka meningkat keera remaja. dalam pemikiran ibubapa akan terfikir kemanakah akan dihantar untuk anak-anak mereka belajar. dengan siapa yang mereka akan berkawan nanti..

perlu aku terbaca dalam buku yang di tulis oleh ust zulkifli abdul ghani.. anak-anak belajar agama 3 jam dalam seminggu namun pada masa yang sama juga mereka didedahkan juga 3 jam sehari rancangan tv yang menjauhkan mereka dari agama. dan barulah kini persoalan boleh kita ajukan .
salah siapakah remaja kini rosak?? salah ibubapa yang kurang pemantauan atau salah media yang menyiarkan rancangan yang entah apa-apa..

akhir kata tepuk dada tanya selera. kita ada petunjuk al-quran dan hadis yang nabi wariskan.. ikutlah pedoman ini agar kita sesama mendapat mencipta generasi yang terunggul..